Followers

Friday, 25 November 2011

Kisah ney adalah kisah benar yg xsemua orang melalui nya.
       Pada 20 feb seorang bayi perempuan telah dilahirkan pada 8:30 malam. Semua ahli keluarga bayi tersebut amatlah bersyukur dan bergembira kerana bayi tersebut berkeadaan normal. Bayi tersebut dinamakan lebih kurang sama dengan nama ibunya. Kemudian embahnya (neneknya) menambah ''Siti'' di hadapannnya supaya menurutnya lebih sempurna dan sedap dipanggil. Ayahnya bekerja sebagai askar, ibunya pula sebagai pekerja kilang biasa di salah sebuah syarikat swasta. Selepas sahaja ibunya bersalin,mereka semua tinggal bersama-sama di rumah ibu kepada ibu bayi tersebut di kampung.

                    Tanpa disedari, hampir 2 tahun usia bayi itu. Dan bermulalah kisah hidup nya...
Ibu bapa nya telah pun bercerai pada usianya 2 tahun lagi. Alangkah sedihnya apabila penceraian menyebabkan anak menjadi mangsa. Selepas bercerai, masing-masing berebut untuk menuntut hak penjagaan anak lantaran bayi itu adalah satu-satunya anak tunggal mereka. Akhirnya, ibu dan bapanya mengambil keputusan untuk adil dan saksama. Bergilir-gilir untuk membesarkan bayi tersebut sehinggalah umurnya mencapai tahap dewasa dan dia akan memilih siapa yang berhak untuk menjaganya.
                   Setahun berlalu dengan begitu pantas sekali. 'S' (nama bayi) mencecah 3 tahun 4 bulan. Ketika
S dijaga oleh ayahnya, dia sangat menderita kerana nenek iaitu ibu kepada ayahnya selalu memarahi nya dan berasa rimas dengan tangisan S. Ayahnya telah pun bersara daripada askar dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di Masjid Negeri, Shah Alam. Jadi, S diserahkan kepada ibu kepada ayahnya sementara ayahnya bekerja di sana. Nenek nya sangat membenci S kerana baginya S menyusahkan dan S selalu di pulaukan dan dibeza-bezakan dengan cucu-cucunya yang lain. Akhirnya S dihantar ke rumah nenek belah ibunya yang dipanggil ''embah'' sebab mereka berketurunan jawa dan menghantar S tanpa pengetahuan ayahnya. Embah terkejut dan menangis melihat keadaan S yang kurus kering bagai lidi. Apabila ibunya balik daripada kilang,alangkah gembiranya dan menangis kerana melihat anaknya telah pun berada di sisinya. Tetapi, ibu turut kecewa dengan sikap nenek yang terlalu mementingkan diri. Walaupun ayah jarang memberi nafkah penjagaan seperti wang untuk S,tapi ibunya kuat dan tabah mencari rezeki. Ibunya berbasikal membeli susu dan ubat-ubatan sehingga 9 kilometer daripada rumah. Embah selalu menangis melihat ibu yang tekad mencari wang demi sesuap nasi. Menurut embah ibu seorang anak yang baik dan bijak tambahan pula  ibu mempunyai rupa paras yang sangat cantik dan walaupun dia bergelar janda anak satu, tetapi ramai jejaka yang meminatinya dan ingin berkahwin dengannya.
                      Tapi alangkah malangnya,lantaran kecantikan itu ibunya menderita sehingga sekarang.
Nak tahu kenapa? Berbalik kepada cerita asal, seorang pemuda (anak kepada ayah tiri ibunya) datang kerumah embah dan bertanyakan tentang ibu. Ibu hanya duduk di dapur sambil memasang telinga untuk mengetahui apa yang sedang dibincangkan oleh mereka. "Embah lanang" (atuk) iatu ayah tiri kepada ibu tiba-tiba memanggil ibu keluar ke ruang tamu. ''Embah lanang'' berkata ''bapak izinkan engkau untuk keluar makan malam ney''. Ibu sangat terkejut dengan keputusan ''embah lanang''. ibu tahu yang pemuda tersebut mempunyai isteri dan 2 orang anak lelaki. ibu tidak bersetuju dengan keputusan tersebut,tetapi apakan daya. ibu hanya menurut kata bapa tirinya sahaja. Malam itu,selepas isyak pemuda tersebut datang membawa 2 orang anak bujangnya ke rumah. Anak bujangnya ditinggalkan dirumah embah. Enjin kereta distart nyer dan terus ke destinasi yang ingin di tuju. Ringkaskan cerita,keesokannya ibu diserang oleh isteri pemuda tersebut. perggghhh...
memang ''kaw2'' punyer. kesian ibu, padahal ibu taknak pun perkara itu berlaku.
             Nasib ibu memang tidak menyebelahi. Ibu difitnah oleh sedare mare. Sampai ibu hilang sabar dan menghilangkan diri tanpa membawa S sekali sampai sekarang. Puas embah mencari ibu, menyiarkan di dada akhbar, di kaca tv,tapi hasilnya langsung tidak dapat dikenalpasti. Ayah pun terkejut dengan kejadian tersebut. hmmm...kesian S... dahla ibu bapanya bercerai..ney pulak,ibunya menghilangkan diri tanpa pesanan langsung. ketika ney, S berusia 4 tahun ma..
               S dibesarkan oleh embah dan embah lanang. ketika itu,embah dan embah lanang masih mempunyai tanggungan iaitu paman(pakcik) dan bibik(makcik). mereka bertiga sudah seperti adik beradik kerana umurnya tidak la jauh mane..  S dan paman hari2 berbasikal ke sekolah bersama-sama. kadang-kadang kalau tayar bocor,terpaksalah jalan kaki.. jauh jugak skolahnya. embah dan embah lanang bekerja sebagai penoreh getah. mereka tinggal di tanah felda di pedalaman Tg Malim. dengan hasil menoreh,mereka bertiga dapat makan, sekolah dan sebagainya.
pejam celik,pejam celik..dah 9 tahun umur S. masa ney..harga getah turun mendadak. para penoreh getah masing2 mempunyai kesulitan untuk mencari sesuap nasi.mmg mcm zmn darurat time tue. embah bercadang nak berhentikan persekolahan S .. sbb dah xd duit.. tp,nseb bek la ade hambe ALLAH ney tlg bg borg ke asrama bantuan.. so, S membesar di asrama tersebut shgga umurnya 17 tahun.. pada masa yang sama embah telah menghembuskan nafas terakhir pada 20/10/2010.. akibat kanser hati. time tue S ngah trial SPM.. so,juz dpt 4A jer..ble time SPM tol2,dpt 3A jer..hmmm..mengecewakan.

             after embah ninggal, S tinggal di rumah bibik(makcik) di klang. die bekerja sbg cashier di sbuah kdai..ade la dlm 4 buln..then, tros ke PLKN.. after plkn lak,tros smbong blja di universti half swasta,half krjaan.. di kl.. last2 t'pkse brnti blja...sbb main problemnyer tntg finance.... msok U pon gune duit sdri jer..gn duit simpnn from umor 9 tahon pai skang.. duit xde...jd sush dlm smua urusan.. hummm...ksian idop die...
            dan2 pulak dpt twran poli (premier).. wahhh..kos nyer pon bgos..yg S impikan sgt.. maybe itu rezeki...ALLAH menyebelahi makhluknyer yang b'niat btol..dan sungguh2,, akhirnyer, S dpt bljar sprti biase..
hanya usaha,doa dan tawakal sahaja yang akan membuatkannya berjaya..insyaallah..amin... bg S, ibunya tidak bersalah..dan dia akan mencari ibunya semula ..insyaallah...
             so,moral of the story, u all sume kne tabah dlm idop.. yakin pd dri sdri..then mcm2 r lg..
bnde ney semua ujian hidup..so,pd ssiapa yg still m'punyai parents lg,sygilah mereka slgi mreka ade...
bile dah b'jye..jgn lupe asal usul kte..k..that's all..=)


             
                         

1 comment:

  1. semoga S berjaya dalam pengembaraanye mencari ketenangan dalam hidup, semoga dia menemukan kebahagiaan . . . . hmm

    La Tahzan

    ReplyDelete